Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Saturday, July 09, 2005
 
Tak sempat





Masa berlalu terus melanggar arus cahaya. Sedar tak sedar juring kini hanya tinggal 5 peserta. Atau 4? Entah bagaimana agaknya penghujungnya. Dalam mengharung dunia buas ini, sedikit manfaat di teliti dalam bentuk corak penulisan. Bagaikan mimpi, menghidupkan dunia yang kian tenggelam kerana di sangka penulisan tu hanya sekadar kekosongan tanpa haluan. Rupanya, setiap aspek itu punya cara tersendiri bagaimana caranya untuk di besarkan. Tersedar, cuba memastikan ianya bukan mimpi lagi. Pipi di cubit berulang kali. Sakit. Sudah tentu indah jika ianya benar. Buka mata, minda juga turut merasa istimewanya dunia. Berputar ligat mencari persoalan apakah yang bisa di suarakan. Menulis, menulis, dan menulis. Pelopori dunia penulisan mengajar pelbagai cara dan gaya.

Pengkritik secara jujurnya suka pada juring, cabaran weblog ni. Fanatik? Tersenyum melihat gelagat peserta dan 'penonton' atau 'peminat'? Pengkritik takde minat siapa-siapa, kerana pengkritik hanya penonton biasa yang ingin menimba dan mencari ilmuan untuk menulis. Pelbagai penulis dan juri, maka pelbagai jugalah cara dan gaya tersendiri. Komen juga memuaskan, walaupun ada sesetengah cukup tegas melihat ciri penulisan tu dari setiap sudut hasil tulisan tertentu. Respect.

Namun pengkritik juga suka mengkritik sorang-sorang. Haha! Biasanya keadaan memainkan peranan. Bila bosan, pengkritik cuba untuk lihat keistimewaannya penulisan tertentu. Suka juga melihat di mana kesilapan yang biasa berlaku dalam penulisan tersebut. Hanya sekadar menghilangkan bosan. Pengkritik bukan penulis yang hebat, penulisan juga tak banyak. Maka pengkritik lebih suka kritik dalam hati. Tak banyak peserta dalam juring punya jiwa remaja kecuali ND. Juring pertama sudah nampak, tapi pengkritik tak berapa berkenan cara penulisannya yang agak kaku tak berupaya memainkan peranan dalam membentuk perasaan sedih tu hadir. Pengkritik suka melihat gambar-gambar. Pernah sekali, pengkritik dan seorang kawan membezakan dua gamba dari directrixz dan ND sendiri. Yang mana punya effect yg cun?

Akhir kata, pengkritik sibuk buat assignment. Tak sempat nak up-date juring seterusnya. Masuk forum pun belum lagi. Kata lain, selamat berjaya kepada semua peserta.

- Pengkritik -


Powered by Blogger