Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Sunday, June 19, 2005
 
Juring 1.4 - Adzlin
Sumber: JURING 1.4 KAU BUAT AKU KETAWA

ROSAK

Selasa.
Gaji dah keluar, aku ke mesin ATM untuk keluarkan duit.
Tot tet tot tet tekan-tekan macam biasa.
Masukkan jumlah duit yang aku perlukan.
Mesin proses, resit keluar.
Transaction Rejected tertera pada resit.
Aku tak puas hati.
aku cuba lagi, hasilnya masih sama.

Rabu, Khamis dan Jumaat.
Aku masih lagi belum putus asa.
Masih mencuba walaupun hasilnya tetap sama.
Baru tahun lepas tukar sebab kad rosak ini nak kena tukar lagi ker??
Kalau kena tukar percuma takpe tapi kena bayar.
Bank sikit-sikit nak makan duit orang.
Canne le kita nak kaya asyik kena tolak duit saja.

Sabtu.
Aku terus ke bank.
Staff handsome yang bertugas ajak aku pergi ke mesin ATM untuk cuba lagi.
Aku buat masih gagal.
Dia minta aku buat lagi, lepas aku tekan pin dia tengok aku tekan pilihan apa.
Simpanan?? Dia soal aku.
A'aa aku jawab dengan penuh yakin.
Dia tersengih. La bukan simpanan, patut pilih pengeluaran, withdraw le saudari.
Eh yeke? aku tak puas hati.
cuba tekan! dia suruh aku.
aku tekan dan masuk jumlah wang yang aku mahu.
Haaa, dapatkan duit??
Uwaaaa, malu nya aku. Merah padam muka aku rasa masa tu.
Dia tak boleh tahan gelak, terus jalan masuk bank sambil cuba kawal gelaknya.
Kawan dia pulak tegur, boleh kan dek?
Yerrr boleh salah sendiri salah tekan aku jawab sambil tahan malu.
HAHAHA mamat yang tegur aku tadi pula gelakkan aku.

MALUUU NYE AKU!!!!
SEMINGGU AKU ASYIK FIKIR KAD ATM AKU ROSAK WALHAL FIUS DALAM KEPALA OTAK AKU YANG ROSAK!!!!
MAAAALLLLUUUUNYYYAAAAA!!!



Tonyoh sini untuk entri asal

================================

Komen Pengkritik: Aku rasa cerita nya lawak kalao ayat yg di gunakan tak meleret. Mungkin ayat2nya kurang menarik, lepastu adalah beberapa yg aku sendiri kurang paham ayat yg cuba di sampaikan. Hiks.. perenggan last sekali, kalau ayat nie SEMINGGU AKU ASYIK FIKIR KAD ATM AKU ROSAK WALHAL FIUS DALAM KEPALA OTAK AKU YANG ROSAK di ubah ckit guna ayat spontan atau perkataan yg pelik menggantikan beberapa perkataan dalam tu mungkin boleh buat org tersenyum, atau gelak? Tp gamba tu buat aku tergelak. Hehehe!!

Comments: Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger