
Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Sunday, June 19, 2005
Juring 1.4 - ND
Sumber: JURING 1.4 KAU BUAT AKU KETAWA
Depan Nampak, Belakang Pun Nampak!
Aku berjanji dengan seseorang di sebuah restoran pada pukul 10 pagi. Aku pula terbangun lambat. Kelam kabut aku bersiap. Aku malas untuk memandu kereta. Mesti sesak! Jadi, aku bawak motor. Dah lama juga aku tak naik motor. Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan, semua pengunjung restoran itu tersenyum melihat aku. Pelik! Kemudian, orang yang aku jumpa tu tercengang melihat aku.
Orang tu : Hai kawan, tak perasan ke zip seluar kau terbukak besar.
Aku : Huhhh??? (Sambil tengok zip seluar).. Ishh, kau jangan la cakap kuat-kuat.(sambil zip balik)
Orang tu : Hahaha, apa kena dengan kau ni? Cuba kau pusing, tengok belakang. Seluar kau koyak besar kat punggung tu. Hahahahahahahh...
Aku : Aahhh, macam mana boleh koyak ni? Tak pernah koyak pun.(Terus aku duduk nak cover..)
Orang tu : Muahahahahaha, Depan nampak! Belakang pun nampak! Hahahahahahah!!!!
Aku : Jangan la gelak kuat-kuat. Malu aku weh!!! (Merah tebal muka aku)
Patut la masa lepas aku parking motor tadi, aku berjalan menuju ke restoran tu, ramai yang pandang-pandang aku. Malunya! Kemudian, aku pun mengeluarkan baju aku untuk cuba menutup apa yang terbuka di belakang. Nasib baik zip boleh tutup. Orang lain di situ pun melihat aku dengan muka yang nak tergelak. Takpe, takpe. Ini hari malu sedunia untuk aku. Malu besar!

### - 209 patah perkataan
Petikan yang telah diubahsuai dari http://irwandy.blogdrive.com/archive/534.html
================================
Komen Pengkritik: Wakakaka!! Cerita nie paling kelakar. Tergelak besar aku baca. Dahler, no komen. Sbb dah boleh buat aku gelak, tu jerlah cukup. Wakakakaka!!
