Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Sunday, June 26, 2005
 
Juring 1.5 - Basri
Sumber: JURING 1.5 RANGSANGAN NAFSU

Sedapnya Siakap Stim Restoran Chiengmai.



Menu ini sungguh lazat dan menyelerakan! Kalau setiap minggu makan hidangan ini pun tidak akan menjemukan saya. Isi daging ikan siakap yang putih gebu itu pasti merangsang nafsu sesiapa pun untuk menjamahnya, lebih-lebih lagi ketika masih panas. Saya gemar meratahnya, ikan yang lembut beraroma semulajadi seperti halia, serai, asam dan lain-lain sungguh mengasyikkan. Ikannya segar sungguh manis rasanya. Kuahnya pula kalau dihirup amat lazat! Masam manis pedas-pedas sedap bersatu, laju saja menceduk lepas sesudu demi sesudu hingga ke titisan kuah yang terakhir, kering ke dasar mangkuk. Saya memang gemar makanan segar dan lazat serta menyihatkan seperti ini.

Restoran Chieang, terletak di kawasan perkampungan yang aman damai. Lokasinya yang strategik ini pastilah mengundang ramai pelanggan, terutama pada malam minggu. Istimewa restoran ini menyediakan pelbagai menu Thai dan tempatan seperti Tom Yam, Ayam Pandan, Hor Thalae, Sup Ekor, pelbagai jenis nasi goreng, mee, mee hoon dan minuman panas serta sejuk serta jus buah-buahan. Para chef mantap memasak, dan pekerjanya pula cekap mengambil pesanan hidangan. Selain itu layanan mesra para pekerja di restoran ini pasti menarik hati kita untuk datang lagi. Tambahan kebersihan dan dekorasi restoran yang cantik serta berhawa dingin. Pendek kata, hidangan lazat jadi ingatan, layanan baik jadi pujian.

Marilah datang cuba sendiri. De Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel:03-61401870 Fax:03-61402953.

Comments:
memang kau layak menang....bahas kau...fuhhh..dah kenyang boleh jadi lapar balik
 
Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger