
Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Sunday, June 26, 2005
Juring 1.5 - Engku
Sumber: JURING 1.5 RANGSANGAN NAFSU
Cempaka Rimba di tengah kota
Restoran in terletak di dalam Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi yang merupakan kompleks membeli belah yang popular di kawasan Bangi. Terletak bersebelahan dengan restoran KFC iaitu di tingkat bawah sekali. Kedudukannya amat strategik kerana berhadapan dengan pasaraya Billion yang juga berada di dalam satu bangunan.
Hidangan yang amat popular di sini ialah 'Chicken Chop' atau dalam bahasa Melayunya 'Ayam Potong'. Berdasarkan pengalaman penulis yang telah merasa banyak hidangan 'Chicken Chop' di restoran-restoran lain, hidangan ini jauh lebih sedap dan menyelerakan. Walaupun harganya lebih murah iaitu RM7.50 sahaja. Keenakan hidangan ini terletak pada sos nya dan 'coleslaw'nya yang enak sehingga menjilat sudu dan jari.
Menu ini menjadi pilihan utama anak penulis dan sentiasa memesan hidangan ini setiap kali berkunjung ke sini. Penulis menumpang hidangan ini kerana saiznya yang agak besar dan boleh mengenyangkan dua orang dalam satu masa.
Jika anda berkunjung ke sini pada waktu puncak iaitu antara jam 8.15-9.15 malam, anda akan dapati kebanyakkan pengunjungnya menikmati kelazatan Ayam Potong ini. Satu lagi keistimewaan hidangan ini ialah masa penyediaannya amatlah cepat dan pantas. Walaupun di waktu puncak, masa yang diambil hanyalah 5-10 minit sahaja.
Berkunjunglah ke Restoran Cempaka Rimba yang beralamat di :
Lot 12 Tingkat Bawah
Kompleks PKNS Bangi
Bandar Baru Bangi
Bangi, Selangor

*Rambut model tiada kaitan dengan fesyen rambut Mawi AF3.
