Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Sunday, June 26, 2005
 
Juring 1.5 - Liyanna
Sumber: JURING 1.5 RANGSANGAN NAFSU

Jom Pizza!

Anda inginkan kelainan dalam menu harian? Bosan makan nasi campur? Perlukan satu hidangan lazat yang boleh dinikmati seisi keluarga?

Apa yang anda tunggu lagi? Segeralah ke restoran kegemaran ramai iaitu Pizza Hut. Kali ini, penulis akan cuba merangsang nafsu para pembaca sekalian supaya setiap kali pembaca dan keluarga berkunjung ke mana-mana restoran ini, semua akan tidak teragak-agak memilih pizza Hawaiian Chicken untuk santapan seisi keluarga.

Saudara tentu akan terpesona dengan aroma pepperoni bercampur keju cair, ketulan ayam dan nanas enak, sekaligus memberi suasana seolah-olah sesiapa yang menikmati hidangan ini sedang berada di pulau percutian terkenal dunia – Hawaii. Keunikan hidangan ini terletak pada rasa nanas yang agak masam-masam manis rasanya seolah-olah ingin ‘mencabar’ bahan-bahan yang menjadi warisan pembuatan pizza Itali seperti, keju, pepperoni dan sedikit serbuk cili. Maka, lahirlah pizza Hawaiian Chicken yang telah dikenal pasti sebagai kegemaran sepanjang zaman atau ‘All-time Favourite’.

Untuk menikmatinya secara lebih ekstrem, mintalah lebih keju atau boleh juga memilih supaya dihidang dalam bentuk kerak berisi sosej atau keju. Sungguh menyelerakan ditambah lagi apabila dinikmati bersama salad segar sebagai hidangan sampingan.



Sebagai rangkaian restoran pizza terbesar di Malaysia (disahkan oleh Malaysian Book of Records), restoran Pizza Hut boleh ditemui di mana-mana kawasan bandar seluruh Malaysia. Para pengunjung boleh mengharapkan layanan istimewa dari kakitangan Pizza Hut hampir setiap masa beroperasi. Senyuman diiringi tapak tangan di hati menjadi satu lambang kemesraan para kakitangan.

Jadi, jom makan pizza!

(229 patah perkataan)

nota kaki - Gambar pizza ihsan http://www.pizzahut.com.my/

Comments: Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger