Cabaran di sahut.. Tiada gentar bisa bertahta..
Cabaran bertaut.. Tiada bisikan putus asa..
Cabaran terkatup.. Tiada raut kecewa berpesta..
Cabaran meletup.. Tiada lagi resah di jiwa..
Home
Monday, June 20, 2005
 
Juring 1.5 RANGSANGAN NAFSU
Sumber: JURING 1.5 RANGSANGAN NAFSU


Untuk cabaran Juring 1.5, peserta dikehendaki merangsang nafsu makan pembaca dengan mencadangkan 1 (satu) hidangan dari sebuah restoran. Ini lebih kurang macam Jalan-jalan Cari Makan. Kali ini kita pastikan weblog digunakan sebagai alat membantu industri peniagaan makanan di Malaysia.


Objektif penulisan: Membuat pembaca tergerak untuk pergi ke restoran yang anda cadangan dan memakan makanan yang anda yang anda tulis mengenainya.


PENILAIAN


Wasit dan juri akan menilai hasil kerja berdasarkan.
1. Gaya bahasa catatan: Samada mesra pembaca atau skema sangat.
2. Kesan catatan terhadap pembaca (baca: wasit & juri): kalau boleh meleleh air liur pembaca.
3. Kesesuaian imej yang digandingkan. Samada gambar makanan atau gambar restoran. Kalau kalian bijak, cari model yang sesuai untuk beraksi sebelah makanan kalian untuk gambar hiasan.


SYARAT PENULISAN


1. Tajuk
2. Satu gambar hiasan yang relevan sahaja.
3. Catatan (100-250 perkataan) + kenyataan jumlah perkataan digunakan.
4. Alamat Restoran


AMARAN


Hindarkan dari membuat kecuaian berikut:
-gagal mencapai objektif
-memberi salah fakta
-melanggar akta hak cipta
-tidak menepati had bilangan perkataan
-gagal meletak gambar yang sesuai
-membuat salah ejaan
-memperkosa tatabahasa


TARIKH TUTUP: Sebaik sahaja azan Zohor 27 Jun 2005 berkumandang di kawasan Johor Bahru.


Comments: Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger