Keputusan Juring 1.4 (III)
Sumber:
Keputusan Muktamad YADZIZ ,
Dalam persilatan, kita bukan perlu tumpu pada serangan sahaja. Pertahanan dan menutup ruang-ruang tubuh dari diserang juga penting. Saudara telah cuai dalam mengatur langkah. Saudara telah di JURING keluar dari gelanggang. Sila salam cium tangan kawan-kawan peserta lain dan beri ucapan perpisahan.
Yang Benar, Tuan Wasit
Terakhir dari Yadziz..
Imbasan PESERTA TERPILIH Matjan telah menulis:
uiihh,, rancangan belum start dah ada yang surrender? hihi! kalau rosram tarik diri, ikut markah ujibakat, peserta yang paling layak menggantikannya ialah HANGBUAH! tidak ada peserta pompuan lain yang boleh ganti rosram kerana memang lima orang saja pun pompuan yang datang ujibakat. nampaknya bukan juri saja ada "Akak Mat Jan" (mat jan isi kekosongan juri pompuan), peserta pun ada "Akak Hangbuah" jugak (yay!). hidup kaum akak! dalam Explorace, Hanif dan Narin adalah pasukan simpanan. mereka dapat masuk sebab ada pasukan lain tarik diri. dan... Hanif dan Narin menjadi JUARA EXPLORACE!!! adakah Hangbuah juga akan menjadi Juara JURING? mengikut jejak langkah Hanif dan Narin? (Tok R, Pak Bear, saya rasa Hangbuah patut ganti Rosram. anda bagaimana?)tOKrIMAU telah menulis:
Selaku Kepala Wasit, Tok dengan ini mewartakan Rosram adalah peserta pertama yang menjuringkan dirinya sendiri. Kita akur permintaan Rosram untuk menarik diri. Sebagai ganti, Hang Buah akan masuk dalam gelanggang berdasarkan kiraan mata semasa pemilihan. Kita saksikan samada sejarah Explorace berulang atau tidak. Samada seorang rizab boleh jadi jogho Juring? {muzik: Jeng jeng Jengggggggggggggg}PakBear telah menulis:
Secara rasminya ROSRAM telah menarik diri dari menyertai CABARAN JURING dengan alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan. Kepala Wasit dan Para Juri sebulat suara menerima penarikan diri beliau. Sehubungan itu, HANG BUAH telah dipilih daripada senarai peserta back-up untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Belum bermula cabaran pertama dah ada rombakan teknikal seperti ini. Begitu teruja aku menanti perkembangan seterusnya! Atau adakah ROSRAM (Kak Ros) telah diupah oleh 'seseorang' untuk sengaja menghangatkan CABARAN JURING ini dengan penarikan diri beliau? Mari sama-sama kita tunggu! Tahniah HANG BUAH! You go G*RL!! MuahahaImbasan JURING 1.1 PELUANG KEDUA UNTUK ARKIB PakBear telah menulis:
PakBear YADZIZ~Menyimpan Untuk Masa Depan Rank : 2 Saya memang berharap YADZIZ akan memilih entri ini untuk tugasan beliau kerana entri ini cukup memikat hati saya semasa kali pertama saya membacanya. Walaupun saya agak kurang setuju dengan beberapa tindak tindak beliau dalam penceritaan berkenaan (layanan beliau terhadap si awek), tetapi dari segi maksud dan idea yang hendak disampaikan itu jelas dan tidak keterlaluan untuk saya katakan ada tips dan pengajaran yang kita boleh ambil terutama dalam mengawal perbelanjaan seharian. Gambar yang dipilih juga sangat sesuai dan menepati cerita. Tidak banyak yang dapat dinilai dari segi ejaan dan penggunaan bahasa kerana beliau banyak menggunakan bahasa perbualan (quote-unquote).tOKrIMAU telah menulis:
5. Hang Buah Gambar yang macam magnet terus menarik minat Tok membaca bila tengok gambar duit bertukar tangan. Mesej ekonomi dalam percintaan amat jelas. (qoute) patut diletakkan dicelah-celah dialog. Pada akhir dialog ianya agak antiklimaks dan terlalu sarat dihujung.Matjan telah menulis:
MJ Yadziz: Memilih entry dalam bentuk perbualan. Kepala Wasit mengecualikan perbualan dari syarat bahasa piawai. Ini memudahkan Yadziz kerana tidak perlu ubah "org" kepada "orang" dan "pahtu" kepada "lepas tu". Ini ibarat peserta Malaysian Idol yang pilih "lagu senang" untuk didendang. Yang bijaknya, entry ini bersifat ketuanan lelaki, haha! Mentang-mentang kesemua wasit lelaki. Saya cuba tidak bias dalam hal ini.Keseluruhan >> 5 +9+ 2= 16 yadziz = tempat ke-5 Kenangan JURING 1.2: LAWATAN SAMBIL BELAJAR tOKrIMAU telah menulis:
YADZIZ - http://www.metaefficient.com/ Tok pernah sampai ke laman ini. Ianya mepromosi kreativiti dalam bentuk yang praktikal. Ia juga mempromosi kreativiti. Pembaca boleh berinteraksi dalam laman ini sebagai tukang komen. Kandungan laman ini berkualiti tinggi.Matjan telah menulis:
MATJAN YADZIZ - http://www.metaefficient.com/ wahhh... menariknya produk-produk di sini. praktikal dan efektif.PakBear telah menulis:
Yadziz~http://www.metaefficient.com/ Memang sebuah laman yang mempunyai banyak manfaat. Ianya seumpama sebuah buku panduan pengguna cuma ianya telah dipublish ke alam maya. Ataupun mungkin salah satu daripada siri Idiots Guides mengenai bagaimana untuk memilih ataupun membeli barang-barang keperluan harian pengguna. Pemilihan yang bagus dan mantap dari Yadziz.Keseluruhan >> YADZIZ (1+2+2 =5) = Tempat kedua Imbasan JURING 1.3: BERITA HANGAT tOKrIMAU telah menulis:
YADZIZ- Sara Hidup Dari segi bahasanya, sedap membaca tulisan ini. Namun, Yadziz hanya melaporkan kejadian tanpa mebuat pendirian atau seruan. Pembaca hanya angguk-angguk geleng-geleng tanpa bangun bertindak.Matjan telah menulis:
Matjan [Yadziz] Isu: Elaun sara hidup kakitangan awam. Perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi adalah perkara yang kerajaan sentiasa terlepas pandang, bukan saja dalam pemberian gaji kakitangan awam, malah dalam menyalurkan dana lain juga. Dua contoh yang aku boleh bagi: i) Biasiswa dan pinjaman pendidikan. Faktor yang diambil kira cuma: dalam negeri atau luar negara, IPTA atau IPTS, aliran sains atau sastera, peringkat pengajian (diploma, ijazah atau sarjana). Faktor yang terlepas pandang: lokasi tempat pengajian. Sepatutnya mahasiswa di bandar besar, dengan kos hidup tinggi, patut dapat biasiswa/pinjaman yang lebih berbanding mahasiswa di ulu banat. Tambah-tambah lagi mahasiswa yang tak dapat kemudahan asrama. ii) Program pembasmian kemiskinan. Kemiskinan diukur dengan jumlah pendapatan yang piawai. Contohnya: keluarga dengan RM300 sebulan. Di luar bandar, itu mungkin releven. Tetapi, di bandar besar dengan kos hidup tinggi, keluarga dengan pendapatan RM600 sebulan pun sebenarnya miskin. Namun disebabkan mereka dapat lebih daripada RM300, mereka tak layak dapat dana bantuan. Yadziz bijak memberi contoh kenaikan harga minyak dan barangan, kemudian mengheret pembaca ke arah kos sara hidup tinggi di kota, sebelum menyokong cadangan kos sara hidup (COLA) kakitangan awam. Contoh yang diberi sudah semestinya berjaya meraih simpati pembaca untuk sama-sama menyokong cadangan itu. Walaupun bagus, catatan Yadziz cuma appeal pembaca yang kakitangan awam saja. Untuk memantapkan lagi catatan ini, Yadziz boleh menjadikannya relevan kepada pembaca yang bukan kakitangan awam juga (contoh: mahasiswa dan orang miskin). Keduanya, tanpa cadangan tambahan (misalnya: dana-dana lain yang kerajan terlepas pandang faktor kos sara hidup), Yadziz seolah-olah cuma menceritakan balik apa yang dibaca di akhbar, tanpa mengulasnya secara kritis. Sedangkan cabaran ini adalah cabaran ulasan kritikal. Teruskan usaha.PakBear telah menulis:
Yadziz~Hujan Sehari dikala Kemarau Panjang Saya suka dengan gaya ulasan dan pemilihan perkataan-perkataan yang digunakan. Beliau mengaitkan isu minyak dan naik harga untuk menyokong kenyataan betapa perlunya kerajaan untuk memberi kemudahan kos sara hidup berkenaan di samping untuk meningkatkan produktiviti penjawat awam. Namun Yadziz hanya memberi ulasan terhadap isu yang dipilih. Kalau ada saranan dan gesaan supaya penjawat awam sendiri perlu merebut peluang ini untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sunguh bukankah lebih bagus?Keseluruhan >> YADZIZ 3+6+5 = 14 =Tempat ke 5 Imbasan JURING 1.4 : KAU BUAT AKU KETAWA Matjan telah menulis:
Matjan [Yadziz] Lawak. Ringkas dan padat tapi menyengat. Mencapai objektif "kau buat aku ketawa". Tapi 46 perkataan saja. Sedangkan Tok Rimau tetapkan syarat: 150-250 perkataan. Buat aku terfikir: sepatutnya tak ada limit perkataan untuk tugasan ini. Pun begitu, undang-undang adalah undang-undang. Walaupun keluarga kau mungkin tak makan kalau kau pergi PLKN, ponteng PLKN tetap satu kesalahan. Dalam mahkamah, ada orang kalah kes kerana kesilapan teknikal. Dalam pilihanraya pun ada calon yang tewas kerana kesilapan teknikal. Yadziz, aku kira, dalam kategori yang sama. Aku nak tegur masa dia mula-mula post entry ni. Tapi lepas tu dia batalkan. Aku ingat dia nak post entry lain yang 150 perkataan. Tengok-tengok dia post entry yang sama. Aku tak sempat tegur sebab dah deadline. Aku dalam dilema. Walaupun Yadziz tak cukup perkataan, tapi entry-nya berjaya buat aku ketawa (thus, memenuhi objektif tugasan). Engku, walaupun cukup perkataan, tapi aku tak faham cerita dia. Bila ada konflik antara kesilapan teknikal dengan objektif tugasan, aku rasa objektif tugasan perlu didahulukan. Mungkin Tok Rimau dan Pak Bear guna kaedah lain.tOKrIMAU telah menulis:
YADZIZ- BULAN MADU Yadziz memilih sebuah jenaka sinis yang memerlukan khalayak mempunyai pengetahuan latar terhadap isu yang di tengahkan. Ini isu yang hangat, ramai orang tahu isu ini. Mesejnya sampai. Gambar hiasannya ada kesilapan kerana Candi Borubudur tidak bertempat di Bali. Ianya di Pulau Jawa. Ini kesilapan fakta yang serius. Sebuah jenaka yang bijak dengan kesilapan yang tidak bijak. Kawalan ejaan tidak mantap. Perkataan tidak cukup. Cuai.PakBear telah menulis:
Yadziz~Honeymoon Saya suka lawak Yadziz ini. Ringkas, bersahaja dan kelakar sungguh! Tapi Yadziz tidak menepati syarat tugasan. Perlu ada antara 150 ke 200 patah perkataan. Kalau ikut cikgu bahasa saya dahulu, bila arahan memerlukan 150 patah perkataan kita perlu menulis antara seminima 145 ataupun semaksima 205 patah perkataan. Itu cikgu sayalah, tidak tahu cikgu kalian. Seperti kata MJ, objektifnya sampai tapi dari segi teknikalnya tidak memenuhi syarat namun bagi saya mematuhi syarat teknikal adalah perlu. Sebab itulah keputusan SPM (dulu-dulu, sebelum pakai kiraan gred) tetap pangkat 2 walaupun dapat 10 agregat hanya kerana subjek BM dapat 9, dan cek akan ditendang kalau tanda tangan kita terkena line bawah cek yang tidak dibenarkan. Itulah sedikit sebanyak ulasan PB. Pada mulanya hendak letak Yadziz di ranking terbawah sebab tidak cukup syarat namun Nin9 pun tak cukup syarat. Tugasan Engku tidak difahami dan mencapai objektif yang dikehendaki. Ketika PB membuat komen ini, wasit dah pun membuat ulasan dan memberi ranking beliau. Kedudukan paling rapuh adalah antara Yadziz dan Engku. Saya dalam dilema. Mesej: Melanconglah/honeymoon di lokasi pelancongan dalam negeri ataupun tak payah honeymoon langsung.Keseluruhan >> 7 +6 +7 =20 yadziz = tempat ke-7 (Terakhir) UCAPAN 4 tugasan telah saya selesaikan, byk kenangan dan pengalaman yang diperolehi. Sehingga ke saat saya melangkah keluar sambil mengusung Kain Sampin dan Bengkung mahal yang dipinjam tetapi tetap kalah. Segak bergaya tak semestinya boleh menang ( sorry) Saya dapat rasakan bahawa JURING ini akan dapat mencapai objektif sasarannya yang telah ditetapkan. Semoga Juara Juring no.1 ini akan menjadi super blogger yang bukan sahaja mahir dlm satu sahaja perkara, tetapi boleh menulis dalam pelbagai isu dan cara yang sehingga catatannya, boleh memberi pulangan kewangan. Walaupun saya hanya setakat ini, namun semangat juring itu telah menyerap kepada saya. ya ya dan ya.. saya akan update blog saya hari ni. terima kasih semua.. *nangis* *sambil buat gaya fuad keluar dari AF "kepada semua, saya harap anda semua dapat untuk mengundi untuk rakan rakan saya di atas itu, saya merayu* *nangis* sambil berjalan keluar "semoga berjaya rakan rakan* *nangis* *berjalan keluar* "liyanna, jangan bilik elok elok yer" *nangis* *berjalan keluar* dan masa ni, memang dah kena juring level 8 oleh ketua wasit. wachaaa!! ______________________________________
alamak, sedeyhlah plak. *sob*sob* gax lerh. nak tissue. para penonton sila baling kotak tissue. biar tissue basah, jgn dewan banjir.
______________________________________